Berapa bacaan normal untuk jaundice atau penyakit kuning pada bayi?
Ramai ibu bapa ingin mengetahui tahap bacaan normal jaundice bayi kerana menganggap penyakit demam kuning ini sebagai sesuatu yang tidak baik untuk bayi baru lahir mereka.
Walaupun ibu bapa selalu dengar istilah "penyakit kuning", tapi ia sebenarnya satu istilah yang tidak tepat untuk jaundice bayi kerana keadaan demam kuning ia perkara biasa dan bukannya sejenis penyakit.
Tanggapan salah ini mungkin disebabkan oleh info yang kurang tepat serta ibu bapa bimbang yang memberi gambaran tidak tepat.
Adakah normal untuk bayi menjadi kuning?
Jawapannya �ya� dan juga �tidak� kerana ini bergantung kepada jenis bilirubin, bila dan durasi bayi didapati kelihatan kuning dan tahap bacaan bilirubin di dalam darah.
Bayi biasanya mula kelihatan kuning 2-3 hari selepas kelahiran. Ia adalah proses semulajadi yang berlaku secara perlahan-lahan, di mana badan akan �membuang� sel-sel darah merah yang �lama� dan digantikan dengan sel darah merah yang baru.
Darah bayi yang rosak atau pecah akan dicernakan oleh organ hati. Pencernaan dan penguraian komponen di dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.
Fungsi hati yang belum cukup matang juga turut menyumbang kepada bacaan normal jaundice bayi. Biasanya bilirubin ini dibuang melalui najis, tapi apabila terlalu banyak darah pecah atau rosak dicernakan serentak, tahap bilirubin akan meningkat dan menyebabkan bayi kekuningan.
Jadi, adalah sangat penting untuk memastikan bayi terus diberi susu dengan secukupnya.
Walaupun ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang dengan bacaan normal jaundice bayi, namun tahap bilirubin yang terlalu tinggi (hiperbilirubin) adalah bacaan yang �tidak normal�.
Tahap bilirubin daripada sel darah merah yang terlalu tinggi adalah toksik kepada sel otak.
Ini perkara yang tidak boleh dipandang ringan memandangkan otak merupakan pusat kawalan seluruh badan. Dalam kes-kes yang serius, keadaan ini boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada sistem otak bayi!
Apakah bacaan normal jaundice bayi dan apakah bacaan yang tidak normal?
Bacaan normal jaundice bayi: Tahap bilirubin yang mencapai lebih dari 85 umol/l (5 mg/dL). Tahap bilirubin yang terlebihi sedikit masih boleh dianggap jaundice bayi yang dapat dikawal.
Bacaan jaundice bayi yang memerlukan rawatan fototerapi: Tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL).
Rawatan fototerapi akan membantu bilirubin untuk bertukar menjadi biliverdin yang lebih mesra tubuh dan senang dibuang melalui najis. Pemberian susu yang secukupnya masih penting untuk menggalakkan penyingkiran biliverdin.
Bacaan jaundice bayi yang tidak normal: Tahap bilirubin yang melebihi 428 umol/l (25 mg/dL) dan apabila tahan bilirubin gagal dikawal dengan rawatan fototerapi.
Bayi itu akan terpaksa menjalani pemindahan darah dengan darah lain.
- Faktor yang menyebabkan bacaan normal jaundice bayi jadi tidak normal:
- Ibu yang mempunyai darah jenis O
- Ibu yang mempunyai kumpulan darah rhesus negatif
- Anak yang mempunyai kekurangan G6PD
- Anak yang mempunyai masalah thyroid
- Bayi pramatang dll.