Menurut kajian, Korea Selatan antara negara tidak bahagia dan paling tinggi kes bunuh diri
Mesti ramai yang mengimpikan untuk tinggal di Korea Selatan gara-gara terpengaruh dengan kehidupan indah mereka di dalam drama Korea.
Namun menurut kajian, Korea Selatan tersenarai antara negara paling tidak bahagia dan paling tinggi kes bunuh diri di sana.
Sebelum anda berangan-angan nak tinggal di sana, pastikan anda semak dahulu 11 realiti kehidupan di Korea Selatan yang jauh berbeza dari drama Korea yang anda tonton.
1. MEREKA PERLU MENGHADAPI MUSIM SEJUK BERAT SETIAP TAHUN
Ramai yang anggap musim sejuk tu cantik dan romantik. Tapi musim sejuk disana bukan seperti di Cameron Highland, tapi ditambah dengan angin kencang. Siapa yang tak tahan sejuk tu jangan berangan nak pergi sana.
2. TIADA MASA UNTUK BEREHAT
Orang Korea terkenal dengan budaya tepati masa dan sangat menghargai masa. Jika anda lihat orang di sana sentiasa tergesa-gesa dan tiada masa untuk berehat kerana perlu bekerja ditambah dengan kos hidup tinggi.
3. STANDARD KECANTIKAN YANG TIDAK MASUK AKAL
Mesti ramai yang anggap orang Korea je cantik dan kacak. Tapi di Korea, mereka sangat pentingkan rupa paras sehinggakan majikan hanya mengambil pekerja yang memiliki rupa paras cantik je. Tidak hairan mengapa ramai yang sanggup melakukan pembedahan plastik untuk jadi cantik.
4. TAHAP PIAWAIAN AKADEMIK YANG TINGGI
Pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea tidak akan pulang sebelum jam 10 malam. Mereka diwajibkan untuk terus belajar dan belajar. Jika tiada tugasan atau kerja rumah, mereka perlu duduk di meja dan belajar hingga lewat malam.
5. RAMAI IBU BAPA AKHIRNYA JADI GELANDANGAN/DIBUANG
Di Korea bukan hanya masalah ekonomi, malah sistem keluarga juga turut berubah. Ramai generasi muda memilih hidup berasingan daripada ibu bapa. Disebabkan taraf hidup yang tinggi, ramai anak-anak membuang ibu bapa mereka.
6. KES BUNUH DIRI PALING TINGGI
Tekanan sosial di Korea Selatan sangat tinggi dan banyak kes bunuh diri terjadi. Sebagai contoh, jika gagal dalam pelajaran, anak-anak dianggap tidak berguna. Boleh dikatakan ramai pelajar yang bunuh diri.