Resepi Lapis Lumut Kacang Hijau

 


LAPIS LUMUT KACANG HIJAU

1st trial resepi baru ciptaan chef Asma sifu kuih talam, mmg x pernah mengecewakan.. Lembut gediknya kuih ni x bole bawak bincang.. Byk kuih2 talam kukus sy ikut resepi chef asma, 1 pon x pernah fail.. Rezeki jiran2 sy hr ni, buat byk sama2 merasa..

( Loyang 10 x 10 x 2.5 inci )

Adunan A :- ( Lapisan Kuning )

200 gm gula pasir
150 gm tepung beras
100 gm tepung gandum
1 tbsp tepung ubi
250 ml santan pekat
600 ml air
1 tsp garam
1tsp pewarna kuning telur @ secukupnya

Cara – caranya :-

Satukan semua bahan diatas , tapis & jadikan 1200 ml. ( jika tak cukup tambah air ). Bahagi kepada 4 bahagian.

Adunan B :- ( Lapisan Hijau )

150 gm tepung kacang hijau
100 gm tepung gandum
80 gm tepung ubi
200 gula pasir
250 ml santan pekat
600 ml air
1 tsp garam
1 tsp pewarna hijau epal

Cara – caranya :-

Satukan semua bahan diatas , tapis & jadikan 1300 ml.( jika tak cukup tambah air ).Bahagi kepada 4 bahagian

Cara Melapis :-

1. Bahagi setiap adunan kepada 4 bahagian , kukus lapisan kuning dahulu,apabila masak,kukus lapisan kedua adalah hijau.
2. Ulangi langkah No. 1 hingga ke lapisan ke lapan.
3. Kukus setiap lapis selama 8 minit - 10 minit & setiap lapisan hendaklah dicakar dengan garfu. ( Tips sila lihat video di Page Majalah RASA)
4. Kukus bahagian ahkir selama 15 minit. apabila masak angkat dan sejukkan di suhu bilik sebelum dipotong..




Resepi Oleh: Yatie Zelani


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel