Resepi Puding Biskut Marie
Resepi Puding Biskut Marie
Bahan-bahan:
Sepaket biskut marie putih
Sepaket serbuk agar2 10g
4 cawan setengah air
1/2cawan gula
2 sudu susu pekat
1 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan santan kara-campur sedikit air
1/2 cawan tepung kastard
2 sudu besar butter@marjerin-nina guna marjerin je
Esen pandan dan esen vanila
Secubit garam
Cara-cara:
-Satukan telur,susu cair,santan,kastard,whisk sebati hingga tak berketul
-Dalam periuk masak agar2,gula,air hingga larut dan tambahkan butter@marjerin
-Masukkan bahan yang di whisk dan masak hingga sedikit pekat jangan pekat sangat&masukkan esen vanila garam dan matikan api
-Basahkan loyang dengan sedikit air dan bahagi adunan kepada 2 warna (1 yang pandan 1 yang vanila)
-Tuang lapisan kuning dlm loyang dan ratakan kemudian susun biskut di atasnya biarkan mengeras sekejap, nina masukkan dalam peti ais
-Kemudian tuang adunan pink dan susun biskut
-Ulang langkah hingga habis adunan
-Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 2 jam
**Tips nak mudah keluarkan dari loyang layer yang first tu kena sedikit tebal dan betul2 memenuhi permukaan loyang
**Jika adunan mengeras boleh panaskan balik