"Dengan nada sinis, dia kata anak saya dah nak mati"

"Dengan nada sinis, dia kata anak saya dah nak mati" 


Ini satu lagi kes pekerja yang tidak kompeten dan kurang ajar. Kejadian berlaku di Labis yang mana seorang bapa kesal dengan tindakan biadab kakitangan sebuah klinik swasta.

Menurut Rahman Jamal, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam, anaknya bernama Muhammad Aiedy baru berumur 9 tahun, tidak sedarkan diri secara tiba-tiba di rumah mereka dan dia bergegas ke klinik berkenaan yang beroperasi 24jam untuk mendapatkan rawatan awal.

Ini komennya:

"Ketika saya sampai ke klinik tersebut, salah seorang kakitangan wanita yang berada di kaunter memberitahu rakan setugasnya dengan nada sinis bahawa anak saya dah nak mati sekali gus membuatkan saya terkejut.

"Malah, dia juga tak benarkan saya bawa masuk anak ke bilik rawatan kecemasan dengan alasan ada pesakit lain sedang menerima rawatan ketika itu," 

"Saya panik sebab ini kali pertama anak saya tidak sedarkan diri dan lebih mengejutkan lagi apabila doktor bertugas bertindak menyuruh anak saya berdiri seolah-olah dia sedang tidur, sedangkan ketika itu dia terlalu lemah serta belum sedarkan diri.

�Selang beberapa minit, doktor itu hanya beri surat dan arahkan saya supaya bawa anak ke Hospital Daerah Segamat (HDS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari klinik tersebut, sedangkan saya berharap anak saya diberi rawatan awal ketika itu,� 

Apabila keluar dari bilik rawatan, rakan petugas kaunter berkenaan meminta maaf atas perbuatan rakannya itu yang disifatkan tidak sopan, namun pekerja yang mulut biadap itu pula tidak menunjukkan reaksi bersalah.

Dia juga berharap kejadian ini tidak berlaku kepada orang lain.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, walaupun klinik tersebut merupakan klinik swasta, pegawai perubatan dan kakitangannya juga perlu mematuhi etika dan peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini komennya:

�Saya nasihatkan klinik swasta di negeri ini agar berikan perkhidmatan terbaik kerana ia cerminan kepada sikap profesional dan etika kerja sekali gus dapat menjaga imej klinik swasta," 

Sumber: Sinar Harian

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel