Rani Kulup Mahu Ke Amerika Syarikat Tangkap Alvin Tan
Rani Kulup Mahu Ke Amerika Syarikat Tangkap Alvin Tan
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah sekali lagi menawarkan diri untuk dihantar ke Amerika Syarikat (USA) bagi menangkap blogger kontroversi bernama Alvin Tan.
Sebelum ini Rani Kulup pernah memberitahu hasratnya ke Amerika Syarikat apabila Alvin membuat tatu menghina Islam.
Oleh kerana laporan polis yang dibuat selama ini seperti tidak diendahkan, beliau merasakan jalan terbaik adalah beliau sendiri akan menangkap sendiri Alvin.
Ini komen terbaru Rani Kulup:
"Kalau kerajaan tidak sanggup, biar ayah yang pergi tangkap, cuma kerajaan kena beri ayah duit untuk ke sana kerana ayah tidak mempunyai wang,"
"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bersepakat bersama memudahkan tangkapan terhadap Alvin, kongsi di mana dia berada sekarang sekiranya ada sebarang maklumat, tindakannya sekarang sangat biadab, jijik dan tidak boleh dimaafkan,"
Bagi Rani Kulup dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan mengikut undang-undang negara.
Setelah beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin sebelum ini. Namun sehingga kini Alvin masih bebas dan dikatakan berada di USA.