Serangan Di Paris Untuk Alih Perhatian - Penganalisis Politik

Serangan Di Paris Untuk Alih Perhatian - Penganalisis Politik


Edward Corrigan, seorang penganalisis politik di Kanada, telah mendakwa serangan pengganas di Paris berkemungkinan satu operasi false flag atau bendera palsu.

Ini untuk menyalahkan pihak lain atas perbuatan mereka sebagai cara Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk meningkatkan kempen ketenteraan ke atas Syria.

Menurut saksi, penyerang ada menyebut 'Allahu Akbar' ketika mereka melancarkan serangan di beberapa lokasi tersebut.

Ini komen Corrigan:

"Hanya kerana seseorang mengucapkan kalimah itu tidak bermakna dia adalah Muslim, ia mungkin satu bentuk propaganda untuk memburukkan orang Islam,"

"Kita akan melihat situasi sama selepas insiden 9/11 yang memberi 'peluang' kepada AS untuk melakukan pencerobohan ke atas Iraq dan menyebabkan lebih sejuta rakyatnya terkorban.

"Sudah semestinya Iraq tidak ada kaitan, namun mereka menjadi 'mangsa' AS untuk melancarkan campur tangan ketenteraan di negara tersebut,"

Menurut Corrigan, Amerika Starikat dan Perancis mungkin akan menuding jari menyalahkan kerajaan Syria bertanggungjawab ke atas insiden itu.

Sumber: SinarHarian

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel