"Saya Terpaksa Ponteng Sekolah Untuk Jaga Ibu"

"Saya Terpaksa Ponteng Sekolah Untuk Jaga Ibu"


KELANTAN: 6 bulan ibunya koma dan selama itu jugalah seorang pelajar setia menjaga ibu tercinta walaupun terpaksa mengorbankan alam persekolahan.

Mohamad Idham Mohd Nor yang kin berumur 16 tahu merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Mas.

Dia mengakui rekod kehadirannya ke sekolah tidak baik dan hanya memasuki kelas tiga kali dalam seminggu.

Baginya, dia mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk menjaga ibu apatah lagi dia merupakan anak sulung. Ibunya, Zabidah Mat Hasshim, 53 tahun pula  sudah bercerai dengan bapanya sejak 10 tahun lalu.

Ini komennya:

�Tak mungkin saya abaikan Ma (panggilan untuk ibu). Kami sudah tiada sesiapa, Ma sahaja yang ada.

�Saya dan adik, Zanatul Nor Afini, 11, terlalu rindu untuk bermesra dengan Ma. Tetapi, hanya ayat �Ma letih, nak berehat sebentar� yang mampu saya kenang hingga kini.

�Ungkapan itu Ma sebut seminggu sebelum Ramadan lalu dan kemudian dia sesak nafas dan tidak sedarkan diri hingga ke hari ini.

�Ma memang menghidap penyakit asma dan ia semakin teruk pada Mei lalu. Ma dimasukkan ke Hospital Lati sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu,� 

Idham berkata, selama sebulan dirawat di hospital, ibunya itu tidak menunjukkan perkembangan yang baik menyebabkan keluarganya membuat keputusan membawanya pulang ke rumah.

Sejak itu, dia bergilir-gilir dengan pakciknya, Amran Mat Hasshim (adik bongsu Zabidah) untuk menjaga ibunya di rumah.

Menurutnya, mereka perlu memberi dia minum susu, mengelap badan sekurang-kurangnya tiga kali sehari selain mengurut.

Ini komen dari Idham lagi:

�Pak cik bekerja di kilang roti berdekatan rumah. Apabila dia bekerja, saya terpaksa ponteng sekolah untuk jaga Ma. Hanya apabila dia tidak ke kilang barulah saya ke sekolah.

�Sebab itulah rekod kehadiran saya hanya tiga hari seminggu. Saya bersyukur kerana guru dan pihak sekolah memahami kesusahan kami sekeluarga,� 

�Biarlah saya seorang yang berkorban demi Ma,� katanya yang sentiasa berdoa dan berharap ibunya sedar serta pulih kembali.

Bagi meneruskan kehidupan, remaja itu berkata, mereka bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan.

Katanya, wang itu juga dimanfaatkan membeli lampin pakai buang dan susu Zabidah berharga RM80 setin manakala untuk perbelanjaan sekolah, dia hanya menggunakan wang zakat yang diberikan masyarakat setempat selain sumbangan guru.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan
Nasional (BSN), 03007-41-00015411-3, atas nama Mohamad Idham Mohd Nor.

Sumber: HMetro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel