Harap-Harap Janganlah Sesiapa Yang Rembat Suami Saya - Pesan Che Ta Jadi Gurauan Netizen Di Laman Sosial
Artis cantik Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta antara artis wanita yang sering menjadi perhatian media dan peminat-peminatnya yang tersendiri sehinggakan apa saja yang dilakukannya akan menjadi perbualan ramai.
Che Ta pula lebih senang berkomunikasi dengan peminatnya menerusi akaun laman sosial miliknya dan segala aktiviti yang dilakukannya akan dikongsikan untuk tatapan peminatnya.
Terkini, Che Ta dilihat telah memuat naik satu gambar muka depan Harian Metro yang memapakan kisah menarik tentang hubungannya bersama suaminya Zain Saidin dengan tajuk 'Bahagia Bersuami Muda'.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah tulisan Che Ta yang dikatakan sangat pedas yang ditujukan kepada mana-mana wanita yang berniat untuk merampas suaminya.
Menerusi status yang dimuat naik oleh Che Ta itu dengan nada gurauan beliau berpesan dan amat mengharapkan tiada sesiapa yang berani mengganggu kebahagiaannya bersama suami.
Kapsyen tersebut ditulis dengan tidak ditujukan kepada seseorang yang disyaki tetapi netizen seolah-olah memahami apa yang telah disampaikan oleh Che Ta. Mungkin satu kes yang berlaku terhadap seorang penyanyi lelaki daripada Singapura itu yang menyebabkan Che Ta menulis kapsyen sebegitu.
Netizen kebanyakkannya dilihat seperti bersetuju dengan apa yang diperkatakan Che Ta dan mereka juga dilihat seperti memperli seorang pelakon wanita yang baru sahaja meningkat naik yang dikatakan turut terseret dengan satu kontroversi panas yang sedang melanda pada ketika ini.
Biarlah apa sahaja dan siapa yang dimaksudkan Che Ta itu, yang pastinya peminat-peminat Che Ta dilihat sangat senang dengan artis cantik ini yang dikatakan sangat kelakar di media sosial berbeza dengan karakternya ketika dalam lakonan. - www.koleksiviral.com