(VIDEO) Detik Cemas Pelajar Perempuan Diserang Histeria Ingin Terjun Dari Tangki Air Sekolah
BAGAN SERAI - Seorang pelajar perempuan bernasib baik apabila tindakan pantas anggota bomba yang dapat menyelamatkannya yang dikatakan histeria sehingga cuba terjun dari tangki air 20 meter di sekolahnya di sini, pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasir Wahab, berkata sembilan anggota bomba bergegas ke sebuah sekolah menengah di sini selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.55 pagi.
Pelajar terbabit seorang pelajar perempuan di Tingkatan Empat dilaporkan telah diserang histeria sebelum memanjat dan cuba terjun dari tangki air berkenaan.
Ketika ketibaan anggota bomba di lokasi kejadian pelajar terbabit dikatakan sedang berada di atas penghadang besi tangki air dan cuba terjun ke bawah.
Keadaan cemas pelajar dan guru pada ketika telah menyebabkan mereka menyusun tilam di bawah tangki air itu kerana bimbang akan pelajar terbabit akan terjun tanpa mendengar nasihat daripada guru-guru.
Kemudiannya, 5 anggota bomba yang bertugas telah memanjat serta cuba memujuk mangsa agar turun ke bawah namun usaha mereka gagal malah mangsa bertindak dengan lebih lagi apabila meniti di atas penghadang besi tangki air itu.
Selepas beberapa minit dipujuk, seorang anggota bertindak dengan menerpa dan memegang mangsa sebelum anggota lain datang membantunya," katanya kepada Berita Harian.
Mangsa kemudian dibawa turun dan diserahkan kepada pihak sekolah dan operasi menyelamatkan mangsa dilaporkan tamat pada jam 11.38 pagi.