Struktur Masyarakat Jahiliah
Pengenalan
- Zaman jahiliah berlangsung selama kira-kira 300 tahun di Semenanjung Tanah Arab.
- Zaman ini bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib dalam kerajaan Saba� pada sekitar tahun 300M dan berakhir setelah turunnya al Quran serta Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul pada tahun 610M.
Isi � isi
- Struktur sosial masyarakat jahiliah adalah berasaskan sistem kabilah.
- Kabilah terbentuk daripada beberapa keluarga yang membentuk ihai, beberapa ihai bergabung membentuk kaum dan beberapa kaum bergabung mewujudkan kabilah.
1. Dari segi akhlak,
- Kaum wanita dipandang rendah sehingga amalan menanam bayi perempuan hidup-hidup menjadi kebiasaan.
- Kaum wanita dianggap sebagai pembawa sial dan hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu.
- Golongan hamba pula dianggap golongan bawahan dan dijadikan sebagai barang dagangan.
- Walau bagaimanapun, terdapat juga sifat positif yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah iaitu pemurah, berani, menghormati tetamu dan berpegang teguh kepada janji.
2. Dari aspek politik
- Masyarakat jahiliah tidak mempunyai struktur politik yang sistematik.
- Masyarakat jahiliah hidup berasaskan kabilah.
- Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh iaitu individu yang sangat dihormati.
- Walaupun mempunyai ketua tetapi setiap keputusan bergantung kepada ketetapan bersama.
- Kabilah-kabilah ini kental dengan semangat asabiyah iaitu sikap kesukuan dan bermegah dengan kabilahnya.
- Semangat asabiyah ini kerap menimbulkan persengketaan dan peperangan antara kabilah.
3. Dalam bidang ekonomi
- Kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan menjadi sumber utama.
- Kegiatan pertanian dan penternakan biasanya dijalankan oleh masyarakat Arab Badwi yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar.
- Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian dan penternakan ini sukar berkembang pesat kerana cara hidup berpindah-randah yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi.
- Masyarakat Arab Hadari yang majoritinya tinggal di kawasan bandar terlibat dengan ekonomi perdagangan. Perdagangan dijalankan secara sistem barter.
- Amalan riba dan penipuan berlaku secara meluas.
4. Dari aspek agama dan kepercayaan
- Masyarakat jahiliah mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan.
- Sebahagian besar daripada masyarakat jahiliah mengamalkan agama Wathani iaitu menyembah berhala.
- Antara berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Lata dan al-Manat yang dianggap mempunyai kuasa. Selain itu, terdapat juga masyarakat jahiliah yang menganut agama Kristian dan Yahudi.
- Walau bagaimanapun, agama Kristianyang diturunkan bersama kitab suci Injil telah diselewengkan.
- Masyarakat jahiliah turut menganut agama seperti Majusi, Hanif sereta mengamalkan kepercayaan karut atau khurafat seperti memuja kubur, pokok bukit dan sebagainya.
5. Dari aspek ilmu pengetahuan
- Masyarakat jahiliah dianggap masyarakat yang tidak memiliki ilmu pengetahuan tinggi.
- Hal ini dibuktikan melalui kegagalan mereka mendirikan semula Empangan Maarib yang telah pecah.
- Selain itu, bilangan masyarakat jahiliah yang celik huruf amat sedikit iaitu seramai 17 orang sahaja. Ilmu hanya disampaikan secara lisan dan hafalan.
- Oleh itu, ilmu akan hilang apabila penghafal tersebut meninggal dunia.
- Walau bagaimanapun, masyarakat jahiliah berpengetahuan dalam bidang kesusasteraan.
- Mereka mahir bersajak, bersyair dan berkhutbah. Labid dan Tarafa merupakan antara tokoh sastera yang terkenal.
Kesimpulan
- Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di Semenanjung Tanah Arab.
- Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.