ISIS Kini Sasar Beberapa Pemimpin Malaysia - Hishammuddin
"ISIS Sasar Beberapa Pemimpin Malaysia" - Hishammuddin
Beberapa pemimin utama Malaysia kini dalam tumpuan dan target Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Perkara ini disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu ucapannya.
Menteri Pertahanan itu telah menerima laporan tentang kumpulan pengganas ISIS menyasarkan beberapa tokoh terkenal di negara ini.
Ini komen Hishammuddin:
"Saya mengesahkan bahawa ISIS mahu menyasarkan pemimpin kita termasuk saya sendiri tetapi ia tidak akan menakutkan kita atau menghalang kita daripada memerangi keganasan, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di rantau ini.
"Maklumat atau ancaman daripada ISIS telah dibuat sebelum mesyuarat bersama Menteri-Menteri Pertahanan Asean yang diadakan di Langkawi pada Mac di mana semua 10 negara bersetuju untuk berusaha bersama dalam memerangi keganasan,"
Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Deepavali yang di Taman Sri Lambak di sini.
Sumber: mStar